Kursus Pemantapan Pendaftaran Pesakit Dalam
23 Julai 2026 - Kursus Pemantapan Pendaftaran Pesakit Dalam anjuran Seksyen Pendaftaran, Unit Rekod Perubatan berlangsung di Bilik Persidangan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Kampus Kesihatan. Kursus yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari ini mengumpul para jururawat yang bertugas di wad-wad selaras dengan fokus kursus terhadap pendaftaran pesakit dalam. Turut hadir sebagai penceramah jemputan, Ketua Polis Balai (KPB) Balai polis Kubang Kerian, Insp Khairul Anuar bin Rahim.





