Skip to main content
PERKHIDMATAN UNIT REKOD PERUBATAN

Laporan
Perubatan

Perkhidmatan penyediaan laporan perubatan berdasarkan rekod dan maklumat klinikal pesakit untuk keperluan individu, insurans, guaman, kerajaan dan agensi berkaitan.

Kaunter Laporan Perubatan Unit Rekod Perubatan
KAUNTER LAPORAN PERUBATAN UNIT REKOD PERUBATAN · HOSPITAL USM
28
Hari bekerja Tempoh siap secara umum bagi setiap disiplin permohonan yang diproses satu per satu.
01
Permohonan lengkap Pastikan semua dokumen dan keizinan berkaitan disertakan sebelum permohonan diproses.
02
Bayaran Bayaran perlu dibuat sebelum permohonan diproses, jika berkaitan.
03
Kelulusan Laporan dikeluarkan setelah mendapat kelulusan pihak pengurusan Hospital USM.
LAPORAN & LEMBAGA PERUBATAN

Maklumat perubatan
untuk keperluan anda.

Permohonan untuk mendapatkan laporan perubatan dimajukan kepada Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia.

Kebiasaannya pemohon terdiri daripada pesakit, pihak insurans, peguam, jabatan kerajaan, polis dan pihak lain yang mempunyai keperluan sah terhadap maklumat perubatan.

Bahagian Laporan Perubatan, Unit Rekod Perubatan akan menyediakan folder pesakit kepada doktor atau doktor pakar untuk penyediaan laporan berdasarkan rekod perubatan yang berkaitan.

!
Keizinan diperlukan

Keizinan untuk mengeluarkan maklumat pesakit perlu diperolehi terlebih dahulu daripada pesakit atau waris yang sah, mengikut keadaan.

02   PROSES PERMOHONAN

Cara mendapatkan
Laporan Perubatan

Ikuti langkah berikut bagi memastikan permohonan dapat diproses dengan lancar.

01
↓

Lengkapkan
permohonan

Lengkapkan borang Permohonan Laporan Perubatan atau kemukakan permohonan bertulis (pos/emel).

02
✓

Sediakan
dokumen

Sertakan dokumen sokongan, borang berkaitan dan dokumen pengenalan mengikut jenis pemohon.

03
RM

Buat
bayaran

Bayaran hendaklah dibuat mengikut jenis laporan sebelum permohonan diproses.

04
28

Proses &
siap

Laporan disediakan selepas dokumen lengkap diterima dan bergantung kepada kesediaan doktor berkaitan.

Sediakan dokumen
sebelum memohon.

Permohonan yang lengkap membantu memastikan proses semakan dan penyediaan laporan dapat dijalankan dengan lebih lancar.

01

Keperluan asas

Dokumen yang lazim diperlukan bagi permohonan lengkap.

✓

Permohonan bertulis (pos/emel) atau Borang Permohonan Laporan Perubatan yang lengkap.

✓

Bayaran, jika berkaitan mengikut jenis permohonan.

✓

Borang berkaitan seperti Insurans, KWSP, Buruh 90, PERKESO dan sebagainya.

✓

Dokumen lain yang berkaitan dengan rawatan pesakit.

A

Pesakit sendiri

Bagi permohonan melalui pos atau emel:

  • Salinan Kad Pengenalan pesakit
B

Pesakit bawah 18 tahun

Permohonan oleh ibu, bapa atau penjaga yang sah.

  • Surat keizinan asal (jika permohonan melalui pos)
  • Salinan Sijil Kelahiran pesakit
  • Salinan Kad Pengenalan pesakit
  • Salinan Kad Pengenalan penjaga
C

Waris pesakit

Waris terdiri daripada: ibu, bapa, anak, suami, isteri, datuk, nenek, atau adik beradik.
Terpakai bagi pesakit yang tidak berupaya membuat keputusan sendiri (pesakit berumur kurang 18 tahun, pesakit kurang upaya mental, pesakit tidak sedarkan diri, atau telah meninggal dunia).

  • Surat keizinan asal waris jika permohonan melalui pos (nyatakan hubungan dengan pesakit)
  • Salinan Kad Pengenalan pesakit
  • Salinan Kad Pengenalan waris
  • Salinan Sijil Kematian / Permit Penguburan
  • Surat Akuan Sumpah (jika berkaitan)
  • Salinan Sijil Nikah (jika berkaitan)
  • Salinan Sijil Kelahiran (jika berkaitan)
D

Agen / wakil

Contohnya pihak insurans, peguam atau wakil yang dilantik.

  • Surat keizinan asal pesakit / waris
  • Salinan Kad Pengenalan pesakit
  • Salinan Kad Pengenalan agen / wakil
  • Salinan Sijil Kematian/Permit Penguburan (jika pesakit telah meninggal dunia)
E

WARGANEGARA ASING

  • Salinan Pasport pesakit
  • Jika pesakit tidak dapat dikesan/meninggal dunia, atau warisnya juga tidak dapat dihubungi, perlu disertakan surat keizinan dari pihak Kedutaan Negara berkenaan dan juga surat kebenaran polis.
Nota: Bagi pesakit warganegara asing atau keadaan khas, dokumen tambahan mungkin diperlukan mengikut keadaan permohonan.

Kadar laporan
perubatan bertulis.

Kadar fi mengikut jenis laporan dan status kewarganegaraan pemohon.

JENIS LAPORAN
WARGANEGARA
BUKAN WARGANEGARA
Laporan Perubatan Biasa Format USM — Individu
RM60
RM120
Laporan Perubatan Biasa Format USM — Peguam
RM100
RM200
Laporan Perubatan Insurans
RM100
RM200
Laporan Perubatan Insurans Proposal
RM150
RM300
Laporan Perubatan Pakar Ringkas
RM400
RM800
Laporan Perubatan Pakar Terperinci
RM1,500
RM3,000
Laporan Perubatan Post Mortem
RM1,000
RM2,000
Laporan Perubatan KWSP / PERKESO / Tabung Bantuan
RM60
RM120

Bayaran secara
perbankan atas talian.

Sila pastikan maklumat pembayaran diisi dengan lengkap dan tepat untuk mengelakkan masalah pelarasan.

AKAUN PEMBAYARAN BANK ISLAM
NAMA BANK BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
NAMA AKAUN HPUSM LAPORAN PERUBATAN BERTULIS
NO. AKAUN
01
Buat pindahan

Pindahkan bayaran ke akaun Bank Islam yang dinyatakan.

02
Payment Reference

Nyatakan No. RN atau No. IC pesakit pada ruangan Payment Reference.

03
Hantar bukti bayaran

Hantar bukti bayaran bersama salinan surat permohonan Laporan Perubatan Bertulis kepada Unit Taksiran melalui emel atau aplikasi Whatsapp.

Alamat Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

WA WhatsApp Taksiran Hubungi Unit Taksiran →
Pertanyaan berkaitan pembayaran Kaunter Taksiran Utama (Waktu Pejabat) 09 – 767 3088
Waktu operasi kaunter Laporan Perubatan

Terima laporan
melalui pos.

Untuk penghantaran dokumen Laporan Perubatan dengan segera serta kemudahan pos laju dan tracking, pemohon perlu membekalkan dan menghantar Sampul Pos Ekspress atau Sampul Prabayar Ekonomi 0.5kg daripada Pos Malaysia Berhad beralamat sendiri kepada pihak kami.

Seksyen Laporan Perubatan Unit Rekod Perubatan
Hospital Universiti Sains Malaysia
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab II
16150 Kubang Kerian
Kelantan
Nota: Sila catatkan nota ringkas, nama pesakit, no. kad pengenalan pesakit dan no. telefon pemohon untuk rujukan pihak kami.
WAKTU OPERASI

Kaunter Laporan
Perubatan

AHAD – RABU 8.10 pagi – 4.30 petang
KHAMIS 8.10 pagi – 3.00 petang
JUMAAT & SABTU TUTUP
SEKSYEN LAPORAN PERUBATAN

Perlukan
maklumat lanjut?

Hubungi Tel: 09-767 3152 / 3160 / 3167
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Hospital Pakar USM
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu, Kelantan