Skip to main content

Percetakan Borang/Pentadbiran Am

 

PERCETAKAN BORANG PERAWATAN

Unit Rekod Perubatan (URP) juga mengurus percetakan borang-borang perawatan serta mengawal agihan borang-borang berkenaan kepada semua klinik, wad serta unit di Hospital USM.

Semua borang yang dimasukkan ke dalam folder pesakit dikeluarkan dan dikawal oleh Unit Rekod Perubatan. Setiap borang diberi nombor rujukan untuk kemudahan kawalan.

Sehingga 31 Mei 2023, terdapat 430 jenis borang yang dikeluarkan dan didaftar oleh Unit Rekod Perubatan.  Permohonan untuk menggunakan borang baru atau mengubahsuai borang sedia ada perlu mendapat kelulusan Jawatan Kuasa Rekod Perubatan (JKRP).

Permohonan borang-borang perawatan boleh dibuat dengan mengisi borang dan menghantar ke Pejabat Am Unit Rekod Perubatan.  Borang-borang yang dipohon akan dicetak mengikut permintaan dan pemohon boleh mengambil pada minggu berikutnya. Masa untuk mengambil borang-borang yang dipohon adalah seperti berikut :

 cetak

 

BILIK KAJIAN DAN PEMBELAJARAN

Permohonan untuk mendapatkan rekod pesakit bagi tujuan kajian dan pembelajaran oleh pelajar-pelajar ,perlu mengisi borang khas yang mana setiap pelajar dibenarkan meminjam hanya 2 buah rekod pesakit sahaja dalam masa sehari. Folder diuruskan oleh staf Pentadbiran Am .Urusan kajian serta pembelajaran hanya boleh dilakukan di Bilik Kajian sahaja.

Manakala bagi lain-lain pihak yang terlibat dengan perawatan atau penyiasatan seperti Penolong Pegawai Kesihatan, Pegawai Perubatan, agens-agensi luar seperti Pusat Kesihatan Daerah di bawah Kementerian Kesihatan atau mana-mana pihak yang telah mendapat kelulusan serta kebenaran daripada Pengarah Hospital hendaklah menggunakan  membuat pemohonan secara rasmi sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh folder diperlukan.

bilikkajian